h1

tagged .. again …

January 19, 2008

blimey .. cacah tagged me …

Azam tahun baru…

  • nak kurus!!! (tiap-tiap tahun pun berazam macam nie, rase cam dah forever berazam tapi macam hampesssss… asyik cari alasan je padahal kalau nak seribu daya …)
    • makan banyak kali tapi dalam portion yang kecik (emmm … emmm … emmm…)
    • kuatkan semangat untuk bersenam dengan lebih regular dan konsisten! supaya badan sihat, hidup gembira .. yay!
  • belajar french bersungguh-sungguh sampai boleh cakap (walaupun grammar tunggang langgang). setakat nie saya dah boleh shopping di france :
    • combien ca coute? (how much is this?)
    • c’est 25 (vingt-cinq) euro
    • c’est cher! (it’s expensive) .. oh well …
  • tambah simpanan .. (same cam cacah, yang nie cam susah sikit . tapi so far, last year sejak saya memulakan azam untuk menyimpan, saya belum usik lagi simpanan saya tu (yang sangat ciput sebenarnya), alhmadulillah.. hendak seribu daya ..)
  • beli rumah (yang nie kena pertimbangan lebih sikit …)
  • cari boyfriend .. ??? ooopppsssss … ni tak berapa penting …
  • teruskan mengitar semula … (saya mulakan dengan botol air mineral, dan saya rasa puas hati ..)
  • beli sofa .. yang vogue .. 
  • beli tv rack ..
  • beli handphone baru …
  • (how come up to now semua pasal shopping je saya nie … materialistik betul ..)
  • siapkan semua kerja yang disasarkan untuk tahun ini
  • banyak lagi la … penat nak tulis each one ..

Kenangan pahit

  • Bergaduh dengan kawan2 – deng ..
  • lori nak pindah barang tak datang .. 2 buah lori … yang satu tu, janji dengan saya pukul 6, bila saya sampai di rumah pukul 6.15, dia masih tak datang. lepas tu, saya telefon siap tanya “ai_ _ yang mana ye?”.. pala utak beliau! dengan gatalnye lagi .. my goodness … saya dan kawan saya dengan baiknye menyorong (sebenarnya mengheret) almari saya tu turun dari tingkat 7 ke ground floor supaya keje dier tidak susah, tapi sampai pukul 8 bayang lori pon tak nampak. memang saya sumpah beliau jadi katak! marah betul saya. terpaksa la kami heret balik masuk dalam rumah. dan oleh sebab terlalu menyusahkan, saya jual je almari tu pada housemate lama saya. sedih betul, saya beli mahal2, cantik2, jual murah je. tapi, nak buat cemaner. hampir sebulan selepas itu, mamat bengong itu call saya balik. konon2 macam dier buat catering la, business transport la. saya tidak cam nombor beliau, jadi saya layan dengan berhemah. tapi tiba-tiba bila dier kata “takpe la, kalau tak kenal pun, kita boleh kawan”, saya terus turn off. bodoh la lelaki tu. saya letak tepon dan buat bodo. later baru saya ingat beliau la pemandu lori tu. kalau saya ingat tadi masa dier call, memang saya maki hamun sumpah seranah bagai. tak tau malu punya jantan!

Pengajaran Tahun 2007

  • Hendak seribu daya!
  • Jangan malas! (dalam segala hal!)

(ini pon tiru cacah .. hehe .. saya bukan jenis yang look back and learn, saya jenis yang tengok ke hadapan dan menonong je buat hahaha … all in all, i have no regrets in whatever has transpired in 2007).

Pencapaian paling bermakna 2007

  • kalau PTK saya dapat aras 4, itu la pencapaian paling bermakna .. tapi tak dapat pon … jadi … takde la, semua biasa-biasa je …

Kalau ada pose menarik, sila paparkan di sini ..

pose : nanti kalau saya letak pose menarik, ramai orang meluat .. (sebab model2 untuk pose menarik saya adalah horatio caine, milo ventig-i-don’t-know-how-to-spell-his-name, paris hilton, daniel craig ..) muehehehe …

post : yang ini la —>* i will not be nice – Bangi Kopitiam* (marah betul saya masa tu .. sekarang tidak lagi .. tapi harga dier dah mahal la …)

Tag 8 lucky friends? Hmm, here’s the list! Kawan2, kalau sudi dan ada masa, silalah…

  • Oren jugak ..
  • Cacah balik …
  • Fishes …
  • SufiRina yang berangan nak beli perabot tu …
  • entahla, tak banyak blog yang saya tau .. hehe

ok, sekarang aya nak pegi mines, nak cari DVD Slam Dunk … saya tengah gila slam dunk (even after this whole years ..)

3 comments

  1. […] Here’s another interesting post I read today by KyoSakuraParis […]


  2. hahah i’ m beginning to like you already. we’re both, they’d say, hardheaded (determined), egoistic (=confident), hotheaded(=dont suffer fools).

    I used to get angry quickly too, but to me i’m a perfectionist who expect people to do their best. skrg ni if i were about to get angry, i just buat muka macam hamster. blisfully ignorant.

    Happy New Year & may all your wawasan dan impian come true.

    ps nak simpan duit? beli tabung yg forever tak boleh bukak tu.


  3. hehe .. how true la! buat muka hamster eh? i will practice that ..



Leave a reply to dinzz Cancel reply