h1

Hikayat Budak IKIP

December 17, 2008

selain menghadiri kenduri kimi dan azlina,

Kimi dan Azlina

Kimi dan Azlina

saya juga berjalan-jalan dan mengimbau kenangan di Kuantan bersama kawan-kawan lama seperti roha, hufei, mirul, ewox, sairol, atun, lemy, usin, ipin dan kenek (sorry kenek i seriously don’t remember you!!!)

ipin, hufei, usin & baby, wife usin, roha, mirul belakang roha, me, ewox, kenek

ipin, hufei, usin & baby, wife usin, roha, mirul belakang roha, me, ewox, kenek

sungguh seronok. banyak sungguh cerita yang kami kongsikan. rupanya ramai di kalangan mereka masih berada di kuantan, dengan kerjaya yang bagus-bagus semuanya. while i end up a government servant (together with hufei and roha in the teaching profesion), yang lain-lain nampaknye sungguh berjaya sebagai jurutera. as expected of former ikipian hihi.. i’m happy for them. kimi is married, atun and sairol are married (to each other), usin is married with two kids (yang sangat comel!!!). the rest of us, enjoying single lives.

anak usin, aishah

anak usin, aishah

terima kasih kepada mirul yang sudi memandu kami pusing-pusing kuantan,

mirul yang ensem .. untuk berkenalan sila hubungi 01*-2*8***6

mirul yang ensem .. untuk berkenalan sila hubungi 01*-2*8***6

membawa kami ke semua destinasi yang kami ingin pergi, walaupun tempat-tempat tu macam takde maknenye pada kau. untuk makluman, mirul bawak kami tengok teluk cempedak, taman gelora (nasib baik makcik jagung parut tu off-day hari tu), hostel kami SPS, dan terutama sekali, tempat kami menghabiskan masa setahun lebih menyelesaikan matrik kami, Kolej IKIP.

Kolej IKIP di Kuantan

Kolej IKIP di Kuantan

Terima kasih juga kepada KakLong Hufei, Kak Hasniza, serta housematenye Kak Fara kerana menumpangkan kami di rumah beliau pada hari sabtu tu. Lena kami tidur di rumah yang best tu!!!

Ahad petang, saya dan roha berjaya kidnap hufei supaya follow kami ke Kuala Terengganu untuk sesi cuti-cuti malaysia dan shopping di pasar payang., kasihan hufei, plan beliau abes lari disebabkan penculikan kami, tapi takpe la fei, bile lagi nak wat gile cam nie kan? keesokan harinya, plan kami mengalami perubahan, kerana roha ajak kami ke Masjid Kristal. Ingatkan sekejap saja, rupanya, di kawasan yang sama dengan masjid kristal, ada jugak satu kawasan yang dinamakan Taman Tamadun Islam, yang menghimpunkan miniature ( i should say replicas) of famous mosque  and building around the world. macam-macam bentuk. yang putih suci murni macam taj mahal, yang comel macam masjid di pattani, masjid yang ada tiang berputar macam di afghanistan, tidak ketinggalan juga masjid negara hihi.. rasa macam melancong ke seluruh dunia pulak hehe..

Me n Roha depan replica sebuah masjid di Pattani.. lupa nama dia..

Me n Roha depan replica sebuah masjid di Pattani.. lupa nama dia..

hufei dah sampai india - amik gambar depan taj mahal!!!! fuiyooo..

hufei dah sampai india - amik gambar depan taj mahal!!!! fuiyooo..

hufei & roha jadi resakse ..

hufei & roha jadi resakse ..

kawasannya agak besar, jadi kami habiskan masa sejam jugak di situ. lepas tu pegi masjid kristal, kubahnya sangat cantik dan memang nampak gah serta bergaya, tapi bila masuk dalam, frust, sebab tak cantik, or at least, tak complement kemegahan kubah di luar tu. nak amik gambar pun tak lalu. sekarang saya paham kenapa ramai orang complaint pasal kos membina masjid tu yang terlalu tinggi tu. personally, saya juga rasa, ia tak sepatutnya setinggi itu, selepas melihatnya dengan mata sendiri. but then again, saya tak tahu harga kristal tu sebenarnya. kalau harga sekeping kristal berukuran 5cm x 5cm tu ialahh RM3,450.00, mungkin logiklah kos yang dikatakan sebanyak rm250 juta tu agaknye. wallahu ‘alam.

hufei dan roha depan masjid kristal..

hufei dan roha depan masjid kristal..

anyway, disebabkan kami melancong terlalu lama, tempoh bershopping di pasar payang menjadi pendek. memandangkan saya ke terengganu sebenarnya semata-mata untuk shopping, dan shopping-time dipendekkan, maka saya telah menjadi bad-mood. dalam pada bad-mood tu, sempat jugak la cekau selai batik (yelah, semata-mata sangat datang terengganu kalau tak beli batik kan??). kasihan hufei dan roha kena melayan muncung saya pagi tu. sampai naik bas pun saya muncung, kes nya, bas yang datang, bas dua tingkat, dan saya pulak, tak dapat seat yang single tu. kalau dah bad-mood tu, benda yang ok pun jadi K.O!!

anyway hufei dan roha, mintak maaf banyak-banyak atas perangai buruk aku yang, nampaknya, masih tak berubah (betul tak?). aku terasa sungguh keji kerana korang bersusah payah accomodate aku ke sana-sini, tapi aku memuncungkan diri pulak (dah la muncung tak hot.. tambah buruk ada la..). tapi, aku sangat gembira jumpa korang sebenarnya.  we must do this again!!!!!

adoi.. entry nie mengambil masa hampir 3 jam untuk disempurnakan!

One comment

  1. glad you had fun!🙂



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: