h1

junk

October 21, 2008

perkara 1 :

tadi saya ke alamanda untuk membeli sedikit barang. saya membawa handphone, kunci kereta dan duit yang diisi dalam purse kecil berwarna hijau (matching dengan baju saya hari ini). purse berkenaan memang kecil, sebesar tapak tangan je, muat-muat la nak isi duit dan beberapa keping kad. untuk makluman, purse berkenaan bermotifkan bunga-bungaan, berkonsepkan oriental, sebab saya beli di taiwan. murah saja, tapi dier kecil, cantik dan praktikal. sewaktu sedang berbaris hendak membayar, akak-akak (atau sebenarnya makcik-makcik) yang beratur di belakang saya sibuk bercakap. saya dengar la antara yang mereka perkatakan ialah “tak lembik pun, tapi takde la keras sangat”, “agak-agak beli kat mana eh”, “cantik jugak”.. saya ingat mereka duk bercerita pasal jelly pudding yang saya beli dan sedang bayar tu. tapi saya tak amik port la. lantak kau la makcik. tetapi sebaik sahaja saya selesai membayar, sebelum sempat saya melangkah, tetiba makcik tu panggil saya :

makcik : dik, yang tu, beli kat mana? (sambil menunjuk ke arah purse saya)

saya : emmmm … emmm… (sebenarnya speechless sebab tak sangka makcik tu nak tanya soalan tu).. emmm… beli kat luar negeri ..

lepas tu saya terus blah.. saya taktau nak cakap ape kat makcik tu. saya rasa macam saya teah mengecewakan dier bila saya cakap beli kat luar negeri, sebab mende tu nampak biasa, cikai dan cokia je hauuuuu.. entah-entah makcik tu kutuk saya pulak lepas tu, mesti dier kata saya tipu sebab purse tu kat supermarket kat malaysia nie pun boleh dapat. tapi saya tak terpikir pun nak bagi jawapan lain. bagi je jawapan jujur cenggitu. bila saya cakap dengan fai, fai kata, “lain kali kau cakap je, orang bagi la makcik, tak tau dier beli kat mana”.. betul jugak, langsung tak terfikir. dah makcik tu pun satu, tanyer soalan cepu emas cenggitu. haruuuu …

perkara 2 :

saya harap malam nie tak hujan lagi. letih la tiap-tiap malam hujan, nak tengok tv pun terganggu sebab “service is currently unavailable”.. astro nie pun satu jugak, penat je bayor mahal-mahal, hujan ke korok … benci!

perkara 3 :

banyak sungguh open house, open office dan open sebagainya dalam bulan syawal nie.. bayangkan, dari hari sabtu lepas, saya makan free je. cuma bayar untuk duit minyak dengan tol sahaja. memang betul la raya tu sebulan, tapi kalau sebulan duk makan mende sama, jenuh jugak tak? tapi saya bersyukur atas rezeki yang Allah bagi… duit dah la tengah sengkek, orang bagi pulak makan free. alhamdulillah. esok takde orang buat open office dah (semalam dan hari nie ada 2 unit buat open office, siap ada backdrop dan hiasan bagai, macam bertanding-tanding pulak. kenyang makan.). jadi esok boleh puasa. kamis pun boleh puasa. tapi jumaat ada open office balik. huhu.. yang seronoknye open office nie ialah ia mengumpulkan pegawai-pegawai dan kakitangan daripada unit dan tingkat yang berbeza. bukan senang nak jumpa semua orang dalam opis nie. kesempatan begini jangan dilepaskan. seronok reunion dengan kawan-kawan. berbual, bergossip, menyampaikan berita, menyampaikan maklumat, terima jemputan open house lagi. best!

perkara 4 :

baju untuk dipakai pada Jamuan Raya Jabatan belum siap!!! aiyoooo… risaunye…. nanti kang i sorang tak glam malam tu, tak masyuk laaaa..

3 comments

  1. hoho ada baju khas untuk Majlis Sambutan Aidilifitri jabatan ke? gila glam! hmm eMOTee ni bila nak buat majlis ni?

    astro waktu hujan mmg very frustrating. takde orang nak compete with them ke, to force them to get off their a**es and provide better service?


  2. bukan ke dulu kononnya ada decoder ASTRO yang boleh survive hujan dan ribut segala? is that true or sekadar nak buat kita bayar lagi mahal?


  3. hmmm…purse yang mana ni. nanti nak tengok la…

    paris memang jujur, cakap yang betul saja. nak buat macam mana makcik…

    faruq, eMOTee punya 13 ni…sekali ngan deepavali dsb.
    🙂



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: