h1

Kawan-Kawan Konts Ah!

September 26, 2008

haha.. cachah dah pandai sebut perkataan tu.. haha.. itu code name kami zaman dulu-dulu, masih digunapakai sampai sekarang, kire macam nama ‘gang’ la.. kami semua bermula dengan satu kebetulan yang sama, iaitu sama-sama dilantik sebagai Pegawai Tadbir N41 (Kontrak) di Jabatan bertuah ini (kami lebih suka gelar diri kami Pegawai Tadbir N41 (Konts Ah!) .. kekunun tak same dengan kontrak lain haha..)..

kami bermula dengan 14 orang : saya, iraMarino, SaidatulKamis,ShahirChantek, Ashuwaryarina, CikNorBaizuratulhuda, TymTamRina, MadTumingBatman, AripBerilmu, PyoPoyo, IlanahTenangMelaser, Awien, Zaim dan Hanafi.. Lepas tu, awien dan zaim meninggalkan kami biler mereka dapat offer Pegawai Sistem Maklumat, sehelai jawatan bertaraf TETAP (atau Tet Tet ah! dalam bahasa kami) yang memang menjadi idaman kami yang bergelar Konts Ah! Maka pergilah awien dan zaim.. sampai sekarang, saya tidak dapat hubungi mereka, tapi dengarnya, awien sekarang, anak dah dua, tapi body makin meletop!

kemudian CikNorBaizuratulhuda dan Hanafi pulak berlalu pergi.. Mereka dapat offer PTD .. lalu mereka memilih untuk keluar jabatan ini juge.. takpe la, tinggallah kami di sini.. tapi CikNorBaizuratulhuda tetap rapat dengan kami, sebab opis baru beliau sebelah blok je, dan pulak, beliau kawen dengan sahabat kami di opis ini jugak. hanafi jauh di SUK, jadi tak contact sangat. last sekali dengar berita dier, dier dah dapat anak..

Lepas tu PyoPoyo pergi.. dapat offer KPLI.. PyoPoyo nie, tergolong dalam golongan good-looking la (menurut kata beberapa orang, termasuk la PyoPoyo sendiri kot.. ) tapi dier punye control-macho ya Tuhan.. tak kuase nak layan.. PyoPoyo pun dah kawen kini, tapi tak sure menetap di mana. dulu dengar dier macam negajar di Ipoh.. PyoPoyo merupakan pujaan (dan rakan semengajukan) ShahirChantek. Shahir nie memang chantek orangnye, tinggi, putih, mata bulat, bulu mata lentik, hidung mancung, semua ciri-ciri Miss World tu ada la pada dier, kecuali ‘bo*bs’ haha.. beliau jantan ok!

Kemudian tuah saya dan arip pula menyinggah apabila kami pun dapat PTD.. Arip melebarkan sayapnye ke Jabatan lain manakala saya kembali ke sini kerana jejaka pujaan saya (pada masa itu iaitu LelakiKelisa) masih bertugas di sini.. ikut hati betul la.. Arip nie, sangat berilmu orangnye. tanyer la beliau apa saja, pasti beliau boleh jawab. tak pernah arip menghampakan saya bila saya bertanya soalan. setakat yang saya tahu, arip masih single. dier sangat baik dan sopan santun serta sensitif, ada kereta wira plat QKG (kami sebut Q-Kampung) dan suka makan. sape nak berkenalan bagitau saye..

Kemudiannye ShahirChantek dapat PTD jugak.. dan beliau keluar atas banyak sebab-sebab yang kami sendiri sedia maklum. Kini, ShahirChantek adalah antara full-fledged Diplomat antara kami semua, sudah travel ke seantero dunia (dengan gambar berwinter jacket bagai) serta sudah fasih berbahasa Arab! Mulut beliau, walau bagaimanapun, masih laser seperti dulu. Beliau masih chantek, tetapi juga masih bujang. Jantan-jantan pujaannye sumer sudah berkahwin .. hahaha.. just joking, saya suka mengusik ShahirChantek nie sebab beliau tidak makan saman!

Oh, saya terlupa nak cerita AshuwaryaRina juga keluar kerana mendapat tawaran sebagai Pegawai Sistem Maklumat.. sekarang katernye, menjaga sistem exam.. ntahla.. Ashuwaryarina nie pulak, chantek jugak, tapi kedekut taik idung masin! otak dier, bisnes memanjang.. nak beli barang, harus yang vogue tapi murah hoho.. tapi kedekutannye itu memang berhasil, sebab memang beliau vogue dan banyak duit..

Ilanah dan SaidatulKamis adalah kawan baik dulu. Kalau tak jumpa cari Ilanah di biliknye, cari la di bilik SaidatulKamis, and vice versa. Mereka sungguh compatible kerana SaidatulKamis memang terkenal dengan mulut laser hanjingnye.. dan Ilanah pulak boleh tahan dengan kelaserannya tue, and better yet, boleh laser balik si SaidatulKamis nie dengan muke straight tapi kata-kata menyentap kalbu dan jiwa raga.. kami dulu selalu usik mereka, suruh mereka kawen la, ape la, tapi mereka dengan sehati sejiwanya boeh jawab balik : “sorry, i tak taste dier ok!” huhu.. SaidatulKamis nie memang kami suka panggil dier boss, sebab dier suke bagi arahan ringkas yang berbunyi “Turun, NOW!”.. suke ati jiwa raga dier je..

owh.. panjang rupenye hikayat Konts Ah! nie.. nie saya sambung balik lain kali.. siap dengan gambar-gambar menarik pulak..

7 comments

  1. ahaha…konts ah! :p


  2. beb.. hanafi ni budak shah alam ek? batch 2/2004? giler ah, member aku tu! haha~


  3. aimi tetiba mengimbau kawan2 konts ah beliau.. layan🙂


  4. aku dulu masuk SUK ganti tempat hanafi. kejap je aku kat situ, 6 bulan lebih kurang pastu aku mintak tukar. bos aku a.k.a. bekas bos hanafi merajuk dengan aku. hahaha


  5. hoho fadh, datin paduka ke yg merajuk dengan ko? ko ni, apa daa..


  6. laaaa… keciknye dunia… glemer jap napee haha..


  7. aah…aku jumpe die before posting kat tempat baru, die macam tak nak cakap dengan aku…hahahaha

    aku nak pi pej daerah bro, kebetulan ada kosong aku mintakla lepas DPA.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: