h1

karangan, pemahaman dan rumusan

September 8, 2008

bila saya dah bekerja nie, baru la saya paham kenapa dulu masa sekolah cikgu suruh belajar buat karangan dan rumusan, serta perlu belajar bahasa melayu pemahaman (english pun same jugak kena belajar semuanya)..

dulu, saya suka buat karangan. karangan ialah menulis essay berdasarkan tajuk yang diberi, mempunyai pendahuluan dan penutup, serta disokong dengan isi-isi penting yang kemudiannya dihuraikan dengan ‘pantas dan tuntas’ (memetik frasa fevret di blog enche*karim). huraian yang pantas dan tuntas tu adalah part yang saya paling benci sebenarnya, kerana seseorang itu perlu berpengetahuan tinggi untuk memberi hujah yang berkesan di hati pemeriksa. saya tidak berpengetahuan tinggi, tapi saya tetap cemerlang kerana saya menggunakan tips para sempais, iaitu goreng segala macam pengetahuan yang cetek itu sehingga membentuk karangan yang panjang berjela dan nampak akademik (walaupun isi dalam banyak merapu jek). kalau baik nasib saya, saya akan lulus kerana kertas ujian saya adalah berat apabila ditimbang kati. mungkin. rupanya bila bekerja nie, kita perlu buat karangan, cuma dalam bahasa ‘grown ups’, buat ‘laporan’. same la tu, buat karangan la tu, kan? goreng isi penting? itu saje la perbezaannya karangan zaman kerja dengan karangan zaman skool. karangan zaman skool boleh merapu asalkan tak lari tajuk, lalu score A, tetapi karangan zaman bekerja nie, harus straight to the point, no nonsense, secara ringkasnya, tuntas dan pantas. tak best langsung. at least karangan zaman skool boleh cerita pasal “saya sebatang pensel”.

berkenaan pemahaman pulak, dulu saya tak paham, kenapakah perlu kita bersusah payah membaca petikan yang disediakan seterusnya menjawab soalan yang diberikan, yang mana, jawapannya ada dalam petikan tersebut. buat penat tangan aku je tulis balik panjang-panjang yang dah tentu-tentu ada dalam petikan. rupanya, bila bekerja, sangat banyak maklumat akan diperolehi dari pelbagai sumber, internet, sotkabar, majalah, tv, radio, blog enche*karim dan lain-lain. kita perlu membacanya satu persatu, seterusnya memahami apa sebenarnya cerita mereka nie. punye la ramai orang cerita, rupanya, nak cerita pasal china menganjurkan beijing olyimpic 2008 je. selepas kita memahaminya, kita gabungkannya menjadi satu karangan yang tuntas dan pantas.

membuat rumusan adalah benda yang paling saya benci, dan saya yakin, bukan saya seorang saja. bayangkan, daripada 397 patah perkataan nak buat 50 patah perkataan? apa jadah? sebelum saya memahami konsep rumusan memang saya mempersoalkan, kenapa kementerian pendidikan nak jugak kekalkan silibus nie di sekolah. sekarang baru saya paham kerana saya juga perlu membuat rumusan bila bekerja nie! worse still, rumusan itu adalah dalam bentuk surat rasmi. bayangkanlah, menulis dengan font ariel 14, dengan spacing 1.5, tulis alamat penghantar, garis, alamat penerima, tuan, perkara, dengan hormatnya saya merujuk kepada blalabla… by the time nak tulis je isi rumusan, dah tinggal 4, 5 baris je sebelum page break. jadi bayangkan, cerita 3 mukasurat nak dipendekkan menjadi 4,5 baris. sungguh horror!!!! tapi itulah kehidupan namanya saudar dan saudari. jadi, berserah.

7 comments

  1. kenapa tiba-tiba awak membebel tentang ini? hehe..


  2. hmmm….ni mesti sebab kena buat surat rasmi atau buat ulasan atau pun buat memorandum….kan? baru teringat kegunaan semua aspek bahasa melayu ni…
    anyway, i still can’t figure out the usage of pembezaan, pengamiran things that i learnt in add maths….how to adapt it into real life…mi, mu tak ambik add maths kan? ke amik? 😛


  3. faruq : aku saje je hehe.. betul la kater echah tu, kena buat laporan dan rumusan huhu..

    echah : hesh aku dulu pelajar harapan dapat A1 add math tau.. cumenye aku dapat A2.. keciwa cikgu2 ku.. hehe.. pengamiran, pembezaan tu adalah berguna kalu mu jadik businessman.. agaknye la.. tapi sebab aku tak gune sangat, jadi aku takleh terangkan la.. cube tanyer enche*karim.. atau pun, mari kita bincangkan … nanti aku buat entry baru pasal kenapa kita belajar sejarah..


  4. saya pun tak suka buat rumusan masa sekolah2 dulu. kalu time exam kertas 2, summary la part yg last utk saya settlekan.

    alhamdulillah, bila saya dah belajar cara2 betul utk buat summary (read: cara2 marking summary), baru la okey sikit.

    sekarang ni, bidang kerja saya memang melibatkan karangan (kertas JM) and summary (Minit MJM).

    nasib..


  5. vnx


  6. saya ni cikgu bm…budak saya ni mcm tu la….time buat karangan sumer mcm nak cari bantal-tido! sungguh hampeh


  7. ==



Leave a reply to aishah Cancel reply