h1

no geli, no glory

July 1, 2008

sejak sabtu lepas, mak mengalami kesakitan pinggang dan tulang belakang yang extreme. mak tak boleh nak bongkok, nak duduk pun sakit, bile baring nak pusing sakit, biler jalan badan tegak je sebab sakit dan pelbagai sindrom lagi. mak raser mak dah makin tonggek huhu..

jadi semalam mak pergi la ke the mines shopping complex, untuk massage di Thai Odyssey. mak suka pegi situ, sebab mak rasa harga dier berpatutan dan servis dier bagus. mak amik pakej murah je, ditambah dengan voucher yang kawan mak bagi (thanks a bunch shareela!!!), mak kena bayar dalam rm67 gitu, untuk urut tradisional thai selama 90 minit. mak cakap dengan mak punye tukang urut tu (pempuan ok … siam mari ..) yang mak sakit pinggang. dier pun paham.

masalah mak biler pegi massage nie ialah, MAK GELI nyah!! mak memang tak tahan geli. mak boleh control mental mak untuk tahan sakit, tapi kalau geli, memang mak tak boleh tahan. kalau orang kata pegi massage tu untuk relaxkan badan, mak beg to differ. mak tak setuju. bagi mak, semasa massage adalah satu penyeksaan, tapi mak pegi jugak sebab selepas massage badan rasa relax. tapi mak takde la geliang geliut time massage tu macam cacing sebab geli, cumanya badan mak jadi keras sebab nak lawan geli tu. mesti tukang urut tu bengag je dengan mak. macam tak tersampai je objektif nak berurut kalau badan keras semacam je. tapi mak gagahkan jugak, dan pinggang mak yang sakit tu rasa lega sebab in the end, dier tuam tempat yang sakit tu dengan tuala panas. perghhhh … panas memang la, tapi memang tidak sakit lagi (pada waktu itu la). kalau orang kata no pain no gain, mak punyer falsafah tukar sikit : NO GELI, NO GLORY, haha ..

anyway, pagi nie dier sakit balik. tapi dah kurang sikit. mak rasa yang kurangnye dengan Thai Odyssey tu ialah tukang urut dier orang siam, yang cakap melayu pun tau perkataan wajib-wajib sahaja (contohnya sakit, sakit sikit, geli, ok .. among others) dan a few english words (eg first time?). jadi, kalau pun dier tau aper masalah mak sebenarnya, dier takkan boleh terangkan pada mak, unless mak pandai cakap siam (which i don’t). jadi, kesimpulannya mak tak tau apa sebenarnya sakit mak nie. kalau esok still sakit lagi, mak akan pegi klinik untuk check. mak yakin doktor tu akan cakap, ia disebabkan mak pakai high heels. tapi dah 4 hari mak pakai kasut flat, same je sakitnye. hmmmm .. mak raser, ini adalah sindrom perubahan struktur badan. mak tak belajar biologi dan anatomi manusia, jadi mak tak tau betul ke tak. tapi mak raser, badan mak berevolusi untuk menjadi tonggek (what a nightmare!!!!!!!!!). jadi sehingga tonggekan itu matang, i have to deal with the pain. huhu .. demmit!

2 comments

  1. mcm kritikal je mi. cepat2 gi jumpe doctor! take care….


  2. call la sy



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: