h1

bon voyage ..

June 12, 2008

i went to klia this evening, sending off my ex-boss who’s going to work in the arabs land. he’s the best boss i’ve ever known (i only have like 3 bosses up to now, so, kira bolehlah ..) bos yang sangat banyak mengajar saya tentang sangat banyak perkara, be it office matters, family matters, financial matters, travelling (his favourite subject of all season, dengan trademark “when i was in europe…”) etc etc. saya sangat terhutang budi dengan beliau. saya ingat saya pernah jugak screw up bila buat kerja, tapi saya respect beliau, sebab sekalipun dier tak pernah marah, sebaliknya memberikan guidance supaya saya tak buat lagi kesalahan tu di masa hadapan. and he has always back us up (not only me, like the whole unit).. saya sangat terharu ok. unit kami bukanlah satu unit yang kecik, kerja kami banyak, staf kami sikit, kadang-kadang sebagai manusia kita ada jugak buat silap, dan orang mengutuk dan mengata kami depan belakang kiri kanan tenggara barat daya semua. manusia, memang senang nampak salah orang lain saje. saye pun kadang-kadang begitu.

the point is, my ex-boss sangat sabar. beliau paham kami cuba melakukan yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak, tapi itu memang mustahilkan? jadi kalau ada perkara berbangkit, beliau akan cuba cari penyelesaian, or at least penjelasan yang terbaik supaya semua orang menang dan tiada yang kalah. kadang-kadang sangat kesian biler beliau kena marah bila orang salah paham dengan sesuatu keadaan, atau bila kami ada buat salah ke ape. tapi kalau kami buat salah, beliau sentiasa backing kami. bagi beliau, kalau kami buat salah, ia adalah tanggungjawab beliau untuk membetulkan kami, bukan orang lain yang tidak berkenaan. itu adalah sistem yang paling ideal, dan saya bangge dapat bekerja dengan seseorang semacam beliau.

of course he has his shortcomings. saya pun ada. anak buah saya pun ada. pegawai dan kakitangan di sekeliling kami pun ada. macam mana kita nak balance and workout the differences tu yang menentukan kerja kita berjalan dengan sempurna, kehidupan kita aman damai dan tiada sesiapa yang terbunuh (aiyohhh sangat keras perkataan itu).

walau apa pun, saya doakan semoga beliau berjaya di tempat barunya itu (bertahun-tahun tunggu dengan sabar tu .. akhirnya sampai jugak). kalau ada rezeki, mungkin kami akan jumpa lagi. insya Allah.

p.s. saya buang tebiat sikit malam nie. pukul 12 malam saya melayari friendster kawan-kawan sekolah saya. punye la teruk, saya tengok gambar yang kawan saya ambil beramai-ramai dengan kawan dier, saya boleh tak kenal dier yang mana satu. ampunnnnn ….

One comment

  1. aiyoh…tidak ada sesiapa terbunuh kan?

    semoga kita semua akan berjaya dalam hidup kita. Amiin.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: