h1

the day i coloured my toenails pink (part II)

May 6, 2008

tanggal 2 mei 2008, bersamaan hari jumaat, jam 9.30 malam, saya telah mewarnakan kuku kaki saya dengan kaler pink, sebab esok saya nak gi jalan-jalan di Jalan Masjid India dengan kawan saya .. sebab nak nampak kuku kaki cantik sikit, saya kaler la …

esoknye, saya berjalan la dengan kuku kaki kaler pink. kami berdua park kereta di ERL putrajaya dan naik ERL ke bandar tasik selatan, seterusnya naik star lrt ke stesen masjid jamek. kemudian kami shopping di kedai yang baru bukak (agaknye ..) bernama jakel .. abes la duit saya dalam rm120 … beli kain nak buat baju raya (yang saya sangat suka ..)

lepas tu kami bercadang nak ke times square, sebab saya nak meneruskan aktiviti ‘borders’ saya. tapi kami lunch dulu di burger king masjid jamek, betul-betul sebelah stesen star lrt masjid jamek. semasa makan, saya letak paper beg serta handbag saya di seat sebelah. entah kenapa saya rasa macam natural je nak letak kat situ, padaha selalunya saya cautious jugak la, at least saya akan letak beg di tepi kaki saya, tapi hari tu saya letak di seat sebelah. tak terlintas pun di fikiran saya akan marabahay yang mendatang.

saya dan kawan saya ceeteekay berborak dengan rancaknye tentang pelbagai isu termasuklah masalah negara. at one point, kami perasan ada satu group lelaki dalam 2,3 orang masuk burger king. seorang darinya pergi ke belakang kawan saya dan seakan-akan mencuit ceeteekay. kami pun pelik, kami memandang beliau dengan pandangan yang seolah-olah berkata “what the tut???” tapi dier tersengih-sengih so kami ingat mungkin dier terlanggar ceeteekay secara tak sengaja. lepas tu mereka blah. saya dan ceeteekay terus berborak macam biasa.

sesudah habis makan, saya berpusing ke sebelah kiri untuk ambil barang-barang saya tetapi mulut saya ternganga …

“ceeteekay, mana handbag aku?”

to be continued ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: