h1

“saya nak surat kabar melayu!”

March 4, 2008

sebenarnya saya nak tulis panjang-panjang. tapi saya takde idea aper nak tulis.

sebenarnya, saya nak letak gambar saya posing ala-ala gambar wakil BN di poster-poster pilihanraya, tapi oren belum send me the copy yet. so lain kali la.

gambar lain banyak. tapi ntah kenapa, saya tak dapat copy. jadi lantak la. hehe … sebenarnya gambar tu gambar saya dikelilingi salji, gurun dan padang pasir, gambar di bandar ukiran batu, di gua bawah tanah, di bongkah batu gergasi berbentuk segitiga, bongkah batu berbentuk singa berbadan manusia dan sebagainya. gambar-gambar saya semasa bekerja (sambil-sambil tu makan angin … sana sejuk!) di luar negeri. alhamdulillah, sampai jugak saya ke negara timur tengah. sampai di sana terasa diri saya sangat tidak cantik. maklum la, orang arab kan cantik2, dengan mata memikat kalbu dan tarian geleknya (saya miss tarian gelek … rugi …). tapi attitute arab nie memang jangan cakap la, kalau saya kena duduk di sana lagi 5 hari, harus blood pressure saya naik sampai pengsan.

apa pun pengalaman berjalan di negeri orang arab nie banyak mengajar saya walau selambat mana pun perkhidmatan kaunter di malaysia nie, di arab lagi la lambat. lambat satu hal la, konon-konon budaya mereka memuliakan tetamu, tetapi pelanggan di depan kaunter nie depa buat dekkkkk je. ada sekali tu, saya tengah berdiri di depan kaunter untuk mereka check passport saya. satu kaunter 2 orang jaga. taip keyboard komputer tu satu huruf demi satu huruf. saya sabar lagi. sambil-sambil taip mereka berbual-bual. tiba-tiba kawan mereka datang, cium-cium pipi (saya faham arab memang budaya mereka begitu, but i couldn’t help to feel slightly geli and slimy, rasa macam tengok pasangan gay pulak bermesra depan mata saya, macam … pelik ..), back to the story, dah kawan mereka datang tu, boleh mereka berbual-bual dan buat bodoh pada saya yang tercongok di sini. kalau kat malaysia la, memang saya dah sembur. tapi sebab di negara orang yang budayanya “lantak kau la stranger”, saya terus la berdiri dengan sabarnye di situ. adoiiiii …

bila nak balik, saya tengok je pramugari malaysian airlines tu (melayu, cina, india semua ada) saya rasa macam nak peluk every single one of them. masa tu baru saya rasa bersyukurnya jadi orang malaysia. pramugari MAS senyum tu pun saya rasa heaven, sebab pramugari saudi tu mak datuk muka dier cranky semacam je. tak senyum, tak mesra. tak tau la nak kata saya nie malaysia truly asia ke aper, tapi naik je MAS, terus saya mintak “saya nak surat kabar MELAYU” .. how i miss malaysia!

aper pun, saya faham kenapa pepatah lama kata “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri”. saya tak reti nak terangkan macam mana, tapi anda yang pernah travel lama-lama mesti faham perasaannya.

kesimpulannya, kalau nanti ada rezeki saya bertugas di luar negeri untuk jangka masa yang lama, kepada kawan-kawan yang tersampai seru untuk melawat saya, jangan lupa bawak surat kabar melayu untuk saya. walaupun saya boleh baca utusan online dalam internet, tapi feel baca surat kabar melayu tu memang tak dapat ganti la. hehe ..

kesimpulan kedua ialah, walaupun saya excited amik gambar berlatar belakangkan salji la, piramid la, tapi saya lebih suka gambar saya dengan kawan-kawan di kem BTN ulu sepri, rembau. gambar berlatarbelakang hutan hujan tropika malaysia ni lebih bermakna. nanti bila oren dah send pada saya, saya akan post kan di sini.

akhir kata, selamat mengundi. undilah dngan bijak. undi anda penentu masa depan negara.

8 comments

  1. paris… ingat..saya sayang negara saya!


  2. hahaha … saya baca sumer soalan dulu … tapi sampai nombor 17 saya terus omit sebab saya tak jumpa anything yang kata jawab soalan satu sahaja. saya baca sampai soalan 10 lepas tu saya pelik sebab tak logik nak senaraikan segala rukun iman islam negara bagai .. sebab tu saya baca balik soalan 17 dan cancel semua jawapan yang tak perlu lalu hantar. saya tak sempat sampai part “saya sayang negara saya” tu hehe (sebenarnya menggelabah jugak bile dah puluh-puluh orang jerit tu … adakah saya sangat slow dan tidak patriotik?? huhu … the truth will always prevail anyhow (n_n))


  3. hahaha…aku ngan sufi adalah orang ke 49 dan 50 yangagak terburu2 nak jerit saya sayang negara saya! macam ape! hampeh betul! tapi saya senaraikan tau rukun negara dan rukun islam 5 perkara tu…siap bicang2 dengan sufi lagi…

    paris…saya tunggu gambar2 berlatarbelakangkan pokok2 dan keindahan alam semula jadi malaysia di kawasan US itu…
    🙂


  4. heh! ida pun sama tergolong dalam kalangan mereka yang sayang negara. mula2 cam tak nak bangun.. bila semua dah pakat bangun, bangun jugaklah! semangat setia kawan, hahaha😉


  5. ok jugak..at least walaupun kita tak menjawab soklan dan tak membaca arahan dgn betul, at least kita sayangkan Malaysia kan.compare dgn another 30+ people yg langsung tak bangun….


  6. “bila nak balik, saya tengok je pramugari malaysian airlines tu (melayu, cina, india semua ada) saya rasa macam nak peluk every single one of them. masa tu baru saya rasa bersyukurnya jadi orang malaysia.”

    i feel the same too………


  7. huhuhu, beb baru je menyinggah di blog ini…ye, i got the feeling tue……bestnya bila naik MAS, kena layan baik-baik (maklumlah orang Malaysia kan). Aku naik flight Europe, huh, senyum pun susah….lagi la, bagi makanan yg aku tak leh makan…huhu, sungguh rindunya nak makan nasi tau…menghitung hari…..hehehe, oh Malaysia ku tercinta……


  8. hai…aku boring gile hari ni..baik aku tdo..lg best kan…huhu.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: