h1

.. bukak rumah di rumah orang ..

November 13, 2007

tahun ini saya dan kawan-kawan (cacah, midesmidesmides serta fishyfishes) tidak dapat buat open house seperti tahun lepas. sebabnye, tahun nie kami takde tapak perkhemahan. tahun lepas rumah saya yang di atas tanah serta mempunyai halaman yang luas serta dapur yang besar dan ruang tamu yang ada sofa dan kerusi malas dijadikan port, tetapi tahun ini, saya telah pindah ke rumah yang terawang-awang di udara, dapurnye kecil serta ruang tamu yang cuma ada lantai dan tv. yang lain pun rumah di udara jugak, kecuali midesmidesmides tapi yelah, kami sumer geng-geng tidak bersofa yang segan nak jemput kawan-kawan datang rumah duduk bersila dan makan atas kain alas je hehe ..

jadi bila T.M kata dier nak buat open house kami semua terus setuju. T.M sediakan tapak perkhemahan, kami bawa juadah dan pinggan mangkuk segala. tetapi sampai sudah T.M tak confirm balik dengan kami, jadi kami anggap, cancel la plan kami nak bukak rumah tahun nie.

hinggalah pada hari Syawal yang terakhir hari tu, T.M memaklumkan beliau jadi buat open house malam itu. T.M bagitau kami jam 2 petang. dan dengan tak semena-mena telah mengimport cachah jadi jong-dapur pada malam itu. memandangkan fishyfishes jadi ‘chauffer’ cachah hari tu, beliu pun turut sama diimport menjadi jong – dapur. memandangkan saya juga menyertai mereka untuk lunch, saya pun diimport sekali. saya tak kisah, tapi saya tak pandai memasak, menyibuk di dapur pandailah!

tapi sayajoin jugak mereka. pukul 7 saya sampai di rumah T.M (saya sangat bizi, hari minggu pun ke pejabat), tengok-tengokm semua benda pun belum siap. saya tertanya-tanya, adakah T.M nak buat open house bermula jam 12 tengahmalam? mungkin … tapi T.M dan housematenyer lepak je dgn segala barang-barang yang belum siap tu. saya yang panik lebih-lebih. last sekali, cachah memasak bihun, fishyfishes potong buah dan saya buat air (buat air je la yang mampu). T.M dan housematenye bakar ayam sosej udang etc .. muhibbah jugak menu malam tu ..

all in all, it was good. walaupun tak ramai kenalan baru yang saya kenal (ramai yg datang, tapi saya tiada mood nak bersosial, cuma tengok tv dgn george), saya sempat la kenal housemate T.M yang sangat nice orangnye. saya rasa T.M ada 2 orang lagi housemate, tapi T.M pun tak kenalkan, cuma JujuRina je cachah yang kenalkan. beliau memang sangat baik. patutla cachah selalu tanya pada T.M “jujururina tak ikut ke?” “jujurina maner?” “jujurina takde ke pesan aper2?” sekarang saya tahu kenapa.

anyway, saya nak promote kat sini bahawa makanan yang cachah masak memang SANGAT SEDAP! saya rasa setaraf dengan yang mak saya masak (saya kurang minat makan makanan di kedai kecuali tomyam, sebab saya rasa kedai masak tak setanding mak saya punya masakan). cachah punya masakan cukup rasa pedas, manis, masin, masam dier. pendek kata, memang sedap. saya kata pada cachah bahawa beliau boleh bukak restoran, sebab memasak dah sedap. dan jujurina pun menyokong pendapat saya, dengan pendapat yang lebih extreme : “mu boleh resign chah, pas tu bukak restoran, mesti laku. nanti boleh letak kat risalah-risalah promosi, ‘resign PTD untuk bukak restoran, KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN'”. tergelak besar saya dengan pendapat JujuRina, tapi seriously, saya rasa cachah boleh berjaya kalau betul dier nak bukak restoran.

ok, saya kena sambung kerja. gambar-gambar open house T.M dengan kami menjadi jong-dapur tiada. sekian dimaklumkan.

10 comments

  1. chah memang pandai masak. dah dua kali merasa. first time kat umah kak yan, time berbuka reramai tu. second time masa main boling. rasa nk konker je tapi pasal tau elya pun nk makan, hihihihi..

    chah memang pandai!


  2. haha..thank you guys…at last there’s thing really made me smile. although i was so tired at TM’s house, berbaloi rasanya tengok korang makan…
    by the way, TM sent me home at 1 o’clock in the morning, and the guest were continuous…non stop! huhu


  3. […] Baca di sini…ek… […]


  4. keusahawan kerjaya pilihan… motto mecd tu..hehe


  5. girl, ini kerana kedua-dua jujurina dan TM adalah seorang pegawai cemerlang di MECD…


  6. girl, ini kerana kedua-dua jujurina dan TM adalah pegawai cemerlang di MECD…


  7. siapa tm? n jujurina? ini mesti nama samaran..hehe


  8. wah..x sangka echah ni..!!

    huhu..


  9. xsangka apa agaknya kak nana?

    ermm ini blog paris kah atau blog aku kah? hehe//
    😉 peace mi!


  10. tak sangka echah pandai masak!!

    akak tak kira la blog sape..akak nak gak komen sini..



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: