saya ada satu keping handbag (my favourite) kaler coklat gelap, tapi saya tidak ada kasut bertumit yang tidak terlalu tinggi yang sama shade dengan handbag saya. saya ada kasut yang warna coklat tu, tapi ia seakan-akan tidak mempunyai heels, jadi sungguh tidak syok dipakai di pejabat.
saya juga ada sepasang kasut berwarna hitam, akan tetapi, saya tiada pulak handbag yang cukup vogue untuk dipadankan dengan kasut tersebut. ada la handbag warna hitam, tapi untuk santai-santai saja bolehlah, nak dibawa ke pejabat macam tak sesuai.
kesimpulannya, saya perlu mencari sama ada kasut berwarna coklat gelap atau handbag warna hitam yang vogue.
bunyi macam senang, akan tetapi, percayalah, semua ini tidak mudah untuk saya.
apabila saya mendapat berita bahawa saya akan menghadiri kursus bersama bakal-bakal diplomat Malaysia tidak lama lagi, lagi la saya berusaha mencari kasut atau handbag tersebut. malangnya usaha saya tidak berhasil. sungguh kecewa.
tiba-tiba dapat tahu kursus tersebut ditunda. macam petanda pulak usaha saya tu tak berhasil. haha..
hari ini saya memanjangkan kaki ke ikea. gian nak cuci mata dengan perabot, berangan layout rumah sendiri nanti. beli la penyangkut baju yang lekat di dinding tu. harap-harap berguna. lepas tu meneruskan perjalanan ke the curve. saja merayap.
masuk outlet concept padini, seed and vincci. berkenan dengan satu clutch bag. warna hitam : harga rm89 (adoi…) : berfikir : tiada sandal merayap warna hitam untuk dipadankan dengan cluth bag ini. jika mahu beli clutch bag ini, perlu beli sandal warna hitam, satu untuk santai, satu untuk function seperti kenduri, dinner etc.. baru la clutch bag tu jadi serbaguna..
sandal hitam untuk santai sudah ada di kepala. ok, tunggu 1/3/09 baru boleh bershopping semula. oleh sebab itu, sandal hitam santai : check.
jalan-jalan cari sandal hitam untuk function. terjumpa pulak handbag hitam yang cukup vogue. hati berkenan lalu membeli. selesai masalah handbag hitam untuk dipadankan dengan kasut hitam. buat sementara, abaikan masalah tiada kasut coklat gelap untuk padankan dengan beg coklat gelap.
jalan lagi. terjumpa satu kasut hitam yang hot di clarks. harga : rm248 (mahal mak datok!!!).. tapi cantek.. contemplating nak beli. kasut hitam sudah ada. hm.. berfikir..
ternampak pulak sandal ala gladiator yang memang sudah lama menjadi impian hati. sungguh berkenan. harga : rm248. sanggup beli kerana sungguh hot! masalah : tiada warna hitam. hanya ada warna bronze, whitish-gold and grey. lehhhhhhh… kalau bukan hitam, nanti letih la nak carik beg pulak dipadankan dengan sandal ini pulak. pening!!
kesimpulannya, malam hari ini hanya berhasil membeli handbag. kasut akan dibeli tetapi hanya bila tiba masanya. malam nie tentu termimpi-mimpi kasut-kasut tersebut.. owh…




