Archive for October, 2008

h1

junk

October 21, 2008

perkara 1 :

tadi saya ke alamanda untuk membeli sedikit barang. saya membawa handphone, kunci kereta dan duit yang diisi dalam purse kecil berwarna hijau (matching dengan baju saya hari ini). purse berkenaan memang kecil, sebesar tapak tangan je, muat-muat la nak isi duit dan beberapa keping kad. untuk makluman, purse berkenaan bermotifkan bunga-bungaan, berkonsepkan oriental, sebab saya beli di taiwan. murah saja, tapi dier kecil, cantik dan praktikal. sewaktu sedang berbaris hendak membayar, akak-akak (atau sebenarnya makcik-makcik) yang beratur di belakang saya sibuk bercakap. saya dengar la antara yang mereka perkatakan ialah “tak lembik pun, tapi takde la keras sangat”, “agak-agak beli kat mana eh”, “cantik jugak”.. saya ingat mereka duk bercerita pasal jelly pudding yang saya beli dan sedang bayar tu. tapi saya tak amik port la. lantak kau la makcik. tetapi sebaik sahaja saya selesai membayar, sebelum sempat saya melangkah, tetiba makcik tu panggil saya :

makcik : dik, yang tu, beli kat mana? (sambil menunjuk ke arah purse saya)

saya : emmmm … emmm… (sebenarnya speechless sebab tak sangka makcik tu nak tanya soalan tu).. emmm… beli kat luar negeri ..

lepas tu saya terus blah.. saya taktau nak cakap ape kat makcik tu. saya rasa macam saya teah mengecewakan dier bila saya cakap beli kat luar negeri, sebab mende tu nampak biasa, cikai dan cokia je hauuuuu.. entah-entah makcik tu kutuk saya pulak lepas tu, mesti dier kata saya tipu sebab purse tu kat supermarket kat malaysia nie pun boleh dapat. tapi saya tak terpikir pun nak bagi jawapan lain. bagi je jawapan jujur cenggitu. bila saya cakap dengan fai, fai kata, “lain kali kau cakap je, orang bagi la makcik, tak tau dier beli kat mana”.. betul jugak, langsung tak terfikir. dah makcik tu pun satu, tanyer soalan cepu emas cenggitu. haruuuu …

perkara 2 :

saya harap malam nie tak hujan lagi. letih la tiap-tiap malam hujan, nak tengok tv pun terganggu sebab “service is currently unavailable”.. astro nie pun satu jugak, penat je bayor mahal-mahal, hujan ke korok … benci!

perkara 3 :

banyak sungguh open house, open office dan open sebagainya dalam bulan syawal nie.. bayangkan, dari hari sabtu lepas, saya makan free je. cuma bayar untuk duit minyak dengan tol sahaja. memang betul la raya tu sebulan, tapi kalau sebulan duk makan mende sama, jenuh jugak tak? tapi saya bersyukur atas rezeki yang Allah bagi… duit dah la tengah sengkek, orang bagi pulak makan free. alhamdulillah. esok takde orang buat open office dah (semalam dan hari nie ada 2 unit buat open office, siap ada backdrop dan hiasan bagai, macam bertanding-tanding pulak. kenyang makan.). jadi esok boleh puasa. kamis pun boleh puasa. tapi jumaat ada open office balik. huhu.. yang seronoknye open office nie ialah ia mengumpulkan pegawai-pegawai dan kakitangan daripada unit dan tingkat yang berbeza. bukan senang nak jumpa semua orang dalam opis nie. kesempatan begini jangan dilepaskan. seronok reunion dengan kawan-kawan. berbual, bergossip, menyampaikan berita, menyampaikan maklumat, terima jemputan open house lagi. best!

perkara 4 :

baju untuk dipakai pada Jamuan Raya Jabatan belum siap!!! aiyoooo… risaunye…. nanti kang i sorang tak glam malam tu, tak masyuk laaaa..

h1

kage bunshin no jutsu!

October 18, 2008

peringatan : ini adalah angan-angan saya semata-mata.

pernahkah anda menonton anime naruto? saya sememangnya adalah peminat nombor satu naruto. well, not really nombor satu, maybe 1.4 ke, 1.8 ke. i mean, i looooovvvvveeeee it, but not to the extent of collecting their merchandises like keychains, head band, posters and so on. i used to, but now it all went to just me screaming and hyperventillating (sort of) every time i watched it.

saya kadang-kadang berangan, kalaulah saya mempunyai kebolehan untuk melakukan “kage bunshin no jutsu” seperti naruto, atau memiliki sharingan seperti kakashi dan sasuke, atau kekuatan fizikal seperti sakura, atau kebijaksanaan shikamaru.

“kage bunshin no jutsu” adalah kaedah yang naruto (dan beberapa shinobi lain) untuk duplicate diri mereka. jutsu ini adalah kaedah di mana mereka mencipta beberapa klon yang memiliki sifat dan fizikal yang sama dengan diri mereka sendiri, kecuali, nyawa. u see, kaedah ini, adalah amat berguna apabila berhadapan dengan musuh, kerana, instead of facing your enemy on your own, you can actually send your klon to fight him. bila klon ini kena tumbuk ke, kena tikam ke, ia akan disappear, dan boleh digantikan dengan shadow yang lain.sementara itu, diri beliau yang sebenar boleh menyorok dan sentiasa selamat. (but of course, dalam anime tu, macam-macam cara musuh boleh gunakan untuk membuatkan tuan punya diri mendedahkan dirinya yang sebenarnya. kalau tak, tak jadilah manga ninja lawan-lawan).

bayangkan jika saya ada kebolehan itu, saya mungkin boleh buat 5 klon sekaligus. satu akan dihantar ke pejabat untuk bekerja, satu boleh duduk di rumah untuk tido, satu boleh pegi pasar beli barang dapur, satu boleh pegi basuh kete, satu boleh pegi merayap dan bershopping di KL!!! alangkah bahagianya… di tempat keje, kalau kena marah pun, klon saya, sedangkan saya yang sebenarnya mungkin duduk bersenang-lenang di rumah hohoho.. kebaikan lain jutsu ini ialah, apa-apa yang dipelajari oleh klon2 ini, semuanya akan ‘pergi balik’ kepada tuan punya diri. bayangkan, jika saya hantar satu klon untuk belajar plumbing, satu belajar engineering, satu belajar sejarah, satu belajar politik dan sebagainya, tentu saya jadi manusia unggul harharhar (gelak evil…).

kalaulah…

h1

Raya yang macam tak raya..

October 7, 2008

saya beraya all right, tapi mood raya tu tak berapa nak ada sangat la. pertama, kerana makcik taior telah menjahanamkan baju raya saya. saya sungguh marah biler dier tak bubuh span pada baju saya! that, among other things.

tapi yang tidak menambah mood raya ialah, kami sekeluarga akan berpindah rumah. remember saya pernah cerita, my father got tranferred, and my mother works in another district, and so, it was so complicated as to find a place for my parents to settle down again. in the end, it was agreed that they will move in to a house near my mother’s office, and my father would commute back every weekend. dipendekkan cerita, kami berpindah ke temerloh. jadi, beberapa hari sebelum raya tu, sementara orang lain tanggalkan langsir untuk ganti langsir baru, kami tanggalkan langsir untuk berpindah. sementara orang lain gulung karpet nak ganti karpet baru, kami gulung karpet nak pindah rumah. rumah kami memang besar, dan barang-barang kami saaaaaaaangat banyak… bayangkan, barang-barang kami penuh 3 lori 3 tan tu (ala besar truck polis / askar tu), ditambah lagi barang-barang kecil dalam 5 buah kereta pelbagai saiz dan rupa! tambah lagi satu truck untuk barang-barang yang akan diletakkan di rumah adik saya yang baru berkahwin itu. huhu .. sungguh banyak..

pada waktu menyimpan barang-barang tersebut, i came across a few stuffs from the time as far back as when i was in primary school. photo albums, letters from friends, love-notes dari kakak angkat muahahahaha.. gambar-gambar tu toksah cakap la, memang kelakar habes, maklumlah budak sekolah.. baca balik surat-surat yang lama tu. dulu masa sekolah, ada 3 orang kawan yang memang selalu berbalas surat dengan saya (mind u, zaman tu email adalah sejenis makhluk asing ok. snail mail sangat popular, dan duduk di boarding school, kami selalu risau, surat-surat kami akan dibaca dan ditapis oleh para cikgu dulu. kalau surat cinta, takkan dapat la kat tangan kita sampai sudah. i wonder, pernahkan saya dapat surat cinta sebenarnya, tapi telah ditapis oleh cikgu?)

anyway, kembali ke cerita tadi. saya ada 3 orang kawan tetap yang berbalas surat dengan saya. yang pertama, namanya zafwad. he was my secret crush (i should say my first crush). handsome dier nie masa kecik-kecik dulu. dier kawan sekolah rendah saya, handsome (did i say that again?), pandai, berkarisma, berkaliber (dier head student dulu..), pandai menyanyi, pandai mengaji dan sebagainya. bagai nak gila saya minat dier. dulu masa sekolah, waktu rehat tak bleh masuk kelas, jadi pengawas akan jaga di tangga tak bagi budak-budak naik, kecuali yang bertugas pada hari tu. setiap kali saya bertugas bersihkan kelas, saya akan tawarkan diri untuk buang sampah di tong sampah besar di belakang sekolah. ini akan memberikan saya peluang untuk lalu di tangga yang beliau jaga. looking back, i feel so stupid that i actually went that low just for a glimpse of his face. haha.. anyway, bila masuk sekolah menengah, kami terpisah sebab dier masuk sekolah lain, an all boys school. saya yang memulakan tulis surat pada dier, dan dier reply. in one of my letters, i probably included a photo, or i told him that my friend wantes to get to know him. i was naive. later, he actually showed that he responded to stuff about my friend more than about me. i asked for a photo of his but he gave so many excuses, but later he gave his photo to my friend. i knew about it because, he send the letters to both of us in the same envelope (jimat setem katenye), and the letter was addressed to me. so of course i saw it. i think my love for him died that day haha.. but we were still friend until we lost contact a few years ago. (god, i need one whole entry to talk about him alone ..)

kawan yang kedua ialah noreifazlina, juga kawan sekolah rendah saya. masa di SKBS (Sekolah kebangsaan bukit sekilai), kami taklah begitu rapat, tapi entah macam mana, through the letters we become close. eifaz nie sweet orangnye. kami selalu share pasal tips study, tips study dan tips study. sungguh pelajar cemerlang hahahaha…

kawan yang ketiga ialah asiah. haha.. asiah, ingat tak dulu awak selalu tulis surat pada saya? rupa-rupanya, saya masih simpan surat-surat tu semua haha.. in one of those letters, asiah nie sebuk cerita pasal nak pulangkan duit pada fitri la, pada najua la, tapi tak sempat pasal takde masa nak buat post berdaftar dan sebagainya. kelakar jugak bila saya baca balik.

selain surat, saya juga jumpa “love-notes” daripada kakak angkat saya. nama dier azlina kamaruddin, saya panggil dier along. jangan salah sangaka, menerima love-notes dari kakak angkat bukan bermakna saya lesbo hehe.. cuma, saya tak ada kakak, jadi bila saya dapat kakak angkat, saya jadi adik yang manja. along pulak memang rajin melayan saya. notes yang along bagi kadang-kadang kertas warna warni yang cantik kadang-kadang a crumpled white sheet, tissue paper, anything, as long as she can scribble on it and send me messeges like “good luck for hockey tomorrow”, “good luck test esok”, “happy birthday sister” and stuff like that. there were so many of them and i actually keep it all. they were like my treasure, but something i had tucked away and forgot about it. bila saya terjumpa balik mesej-mesej tu semua, saya teringat kembali betapa seronoknya saya pada waktu itu because somebody really cared about me for who i am, not for what i am worth. saya dah bertahun lost contact dengan along, tapi dengan adanya all those messeges, saya akan cuba contact dier balik.

anyway, dipendekkan cerita, akhirnya kami sekeluarga berpindah ke temerloh. rumah kampung, ala-ala rumah banglo, tapi porch dier attached to the porch of the landlord’s house. maksudnya, dalam satu compund, ada 2 buah rumah. rumah yang kami sewa sebenarnya untuk didiami oleh anak-anak lanlord, tapi anak-anak beliau merantau, jadi kami sewa. rumah tu sangat besar, dan landlord siap letak perabot bagai. tambah lagi dengan perabot kami, pening jugak la nak menyusun. sampai petang semalam, kami cume sempat susun ruang tamu dan ruang keluarga. kotak-kotak masih bersepah di sana-sini. huh.. pening.. hujung minggu nie balik kampung baru lagi, nak kena tolong kemas rumah balik. tak dapat la nak join Majlis Hari Raya litiumonline!