tahniah kepada ayah saya yang telah naik pangkat. beliau kini seorang ACP. gembira betul ayah saya. sekarang baru saya paham kepentingan naik pangkat. selain mendapat gaji yang lebih besar (dan seorang pemandu kepada sesiapa yang berkenaan), serta memikul lebih banyak tanggungjawab, kenaikan pangkat juga boleh membuatkan ahli keluarga yang lain bangga dengan pencapaian kita. macam saya. kenaikan pangkat ayah saya tidaklah memberi erti sangat kepada saya (saya tidak lagi mendapat saraan daripada ayah saya kerana saya dah ada gaji sendiri), tetapi mendengar pengumuman beliau naik pangkat itu, serta-merta hati saya turut kembang. ayah saya hebat. sebab itu ayah saya naik pangkat. ayah saya hebat. saya bangga. saya harap, kalau nanti saya naik pangkat, ayah saya juga akan turut merasa bangga dengan pencapaian saya. yelah, sekurang-kurangnya dier boleh cakap :
“naik pangkat jugak anak aku nie. susah betul besarkan dier dulu. pemalas, boros, degil, kuat tido dan sebagainya. nasib baik la dah besar nie menjadi jugak.”
hahahahahahaha~~~~~
anyway, kerana kenaikan pangkat itu, beliau perlu la berpindah. semakin dekat dengan saya. aiyohhhh~~~~ … saya anak yang tidak baik. seboleh-bolehnya saya taknak tinggal dengan parents saya huhu.. tapi bagus jugak, nanti saya nak balik ‘kampung’ da jadi dekat. hoho~~.. cumenye, mak saya takkan pindah lagi. sementara ayah saya pindah ke KL, mak saya akan berulang dari bentong, tinggal serumah dengan adik saya yang akan berkahwin itu. jadi, saya tidak tahu, tahun ini, berkumpul untuk buka puasa atau beraya di rumah mana satu. rumah ayah saya di KL, atau rumah saya di putrajaya, atau rumah mak / adik saya di bentong? atau perlukah kami ke kuantan? jauhnye… pecah belah betul..
bercakap tentang adik saya, adakah saya dah bertenang, kamu tanya? sudah tentulah tidak. saya masih tidak boleh terima hakikat. semalam semasa saya balik kampung, mak ayah saya tak ada di rumah, mereka ada program di bandar, tetapi adik saya yang sorang tu ada di rumah. saya sanggup pergi merayau di bandar bentong yang sekangkang kera tu semata-mata tunggu mak ayah saya balik. saya avoided any conversation with my sister, i kept quiet during any discussion on her wedding and only talked to my parents about my trip. even when my father asked me to come back earlier next week, i didn’t say a word. when my mom asked when would i come back next week, i said i don’t know. i told her i cant ask for leave next week, because i was out of office for quite sometime the last few weeks. tapi saya tipu. saya rasa kalau saya mintak cuti, lepas je. tapi saya tak mahu. saya rasa mak saya marah jugak dengan jawapan saya, tapi saya blah sebelum dier sempat cakap apa-apa.
the truth is, saya masih belum tahu apa saya nak buat pada hari kejadian. saya seboleh-bolehnya tak mahu balik hari tu. saya benci memikirkan pandangan-pandangan makcik-makcik di kampung. saya benci memikirkan saya akan kelihatan seperti seorang loser big time pada hari berkenaan. saya benci memikirkan seluruh kampung bergembira atas ke’loser’an saya. saya bencikan adik saya dan bakal suaminye. semalam semasa bakal suaminye datang dan tegur saya “lama tak jumpa?” saya cuma senyum senget dan terus blah. betul, saya terus blah. saya masuk bilik dan tido sampai pagi. masa tu, belum pukul 9 malam pun lagi. lantak la. pegi mamposss~~~~