tahun ini saya dan kawan-kawan (cacah, midesmidesmides serta fishyfishes) tidak dapat buat open house seperti tahun lepas. sebabnye, tahun nie kami takde tapak perkhemahan. tahun lepas rumah saya yang di atas tanah serta mempunyai halaman yang luas serta dapur yang besar dan ruang tamu yang ada sofa dan kerusi malas dijadikan port, tetapi tahun ini, saya telah pindah ke rumah yang terawang-awang di udara, dapurnye kecil serta ruang tamu yang cuma ada lantai dan tv. yang lain pun rumah di udara jugak, kecuali midesmidesmides tapi yelah, kami sumer geng-geng tidak bersofa yang segan nak jemput kawan-kawan datang rumah duduk bersila dan makan atas kain alas je hehe ..
jadi bila T.M kata dier nak buat open house kami semua terus setuju. T.M sediakan tapak perkhemahan, kami bawa juadah dan pinggan mangkuk segala. tetapi sampai sudah T.M tak confirm balik dengan kami, jadi kami anggap, cancel la plan kami nak bukak rumah tahun nie.
hinggalah pada hari Syawal yang terakhir hari tu, T.M memaklumkan beliau jadi buat open house malam itu. T.M bagitau kami jam 2 petang. dan dengan tak semena-mena telah mengimport cachah jadi jong-dapur pada malam itu. memandangkan fishyfishes jadi ‘chauffer’ cachah hari tu, beliu pun turut sama diimport menjadi jong – dapur. memandangkan saya juga menyertai mereka untuk lunch, saya pun diimport sekali. saya tak kisah, tapi saya tak pandai memasak, menyibuk di dapur pandailah!
tapi sayajoin jugak mereka. pukul 7 saya sampai di rumah T.M (saya sangat bizi, hari minggu pun ke pejabat), tengok-tengokm semua benda pun belum siap. saya tertanya-tanya, adakah T.M nak buat open house bermula jam 12 tengahmalam? mungkin … tapi T.M dan housematenyer lepak je dgn segala barang-barang yang belum siap tu. saya yang panik lebih-lebih. last sekali, cachah memasak bihun, fishyfishes potong buah dan saya buat air (buat air je la yang mampu). T.M dan housematenye bakar ayam sosej udang etc .. muhibbah jugak menu malam tu ..
all in all, it was good. walaupun tak ramai kenalan baru yang saya kenal (ramai yg datang, tapi saya tiada mood nak bersosial, cuma tengok tv dgn george), saya sempat la kenal housemate T.M yang sangat nice orangnye. saya rasa T.M ada 2 orang lagi housemate, tapi T.M pun tak kenalkan, cuma JujuRina je cachah yang kenalkan. beliau memang sangat baik. patutla cachah selalu tanya pada T.M “jujururina tak ikut ke?” “jujurina maner?” “jujurina takde ke pesan aper2?” sekarang saya tahu kenapa.
anyway, saya nak promote kat sini bahawa makanan yang cachah masak memang SANGAT SEDAP! saya rasa setaraf dengan yang mak saya masak (saya kurang minat makan makanan di kedai kecuali tomyam, sebab saya rasa kedai masak tak setanding mak saya punya masakan). cachah punya masakan cukup rasa pedas, manis, masin, masam dier. pendek kata, memang sedap. saya kata pada cachah bahawa beliau boleh bukak restoran, sebab memasak dah sedap. dan jujurina pun menyokong pendapat saya, dengan pendapat yang lebih extreme : ”mu boleh resign chah, pas tu bukak restoran, mesti laku. nanti boleh letak kat risalah-risalah promosi, ‘resign PTD untuk bukak restoran, KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN’”. tergelak besar saya dengan pendapat JujuRina, tapi seriously, saya rasa cachah boleh berjaya kalau betul dier nak bukak restoran.
ok, saya kena sambung kerja. gambar-gambar open house T.M dengan kami menjadi jong-dapur tiada. sekian dimaklumkan.

